Sanofi beli firma bioteknologi Kadmon AS$1.9b

PARIS, 8 SEPT – Syarikat gergasi farmaseutikal Perancis Sanofi hari ini me-ngumumkan pemerolehan kedua firma Amerika Syarikat (AS) dalam masa beberapa bulan, membeli syarikat ubat pemindahan Kadmon dengan harga AS$1.9 bilion.

Sanofi telah mengadakan kempen pembelian dalam beberapa tahun ini dan pada bulan lalu memuktamadkan pemerolehan firma AS Translate Bio, yang membangunkan vaksin COVID-19 mRNA, dengan harga AS$3.2 bilion.

Kadmon menghasilkan Rezurock, rawatan untuk pesakit paling muda 12 tahun yang menghidapi pelbagai penyakit kronik, komplikasi yang boleh berlaku selepas pemindahan tulang sumsum atau sel tunjang.

“Pemerolehan itu menyokong strategi Sanofi untuk terus mengembangkan aset utama General Medicines dan akan menambah Rezurock kepada portfolio pemindahannya,” kata firma Perancis itu dalam satu kenyataan.

Rezurock amat penting dalam menambah portfolio ubat pemindahan Sanofi, kata naib presiden eksekutif untuk ubat umum, Olivier Charmeil.

Kadmon juga menguji ubat itu untuk merawat sklerosis sistemik, penyakit kronik yang menjejaskan kulit dan organ dalaman. – AFP

Gambar fail menunjukkan logo kumpulan farmaseutikal Perancis Sanofi. Sanofi mengumumkan kelmarin ia telah membeli Kadmon dengan harga AS$1.9 bilion. – AFP