Sanofi hentikan ujian ubat COVID-19

PARIS, 1 SEPT – Syarikat farmaseutikal Perancis Sanofi berkata hari ini ujian klinikal antarabangsa Fasa 3 untuk ubat Kevzara untuk kes COVID-19 yang serius telah terbukti tidak membawa kepada sebarang keputusan dan ia akan menghentikan percubaan itu.

Ujian Fasa 3 – biasanya yang terakhir sebelum kelulusan rasmi diberikan untuk penggunaan – tidak memenuhi kriteria primer atau sekunder berbanding dengan plasebo, dan dalam kedua-dua kes, tidak membawa kepada rawatan berkesan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Sanofi berkata syarikat dan rakan Amerika dalam membangunkan ubat Regeneron, ‘tidak melihat ujian klinikal Kevzara lanjut akan dilaksanakan untuk rawatan COVID-19.”

Walaupun Kevzara ‘tidak memberikan kami keputusan yang diharapkan, kami berasa bangga dengan usaha yang dilakukan oleh kumpulan kami,” kata ketua penyelidikan global Sanofi Dr John Reed dalam kenyataan.

Sejak wabak koronavirus meletus pada akhir tahun lalu di China, didakwa lebih daripada 800,000 nyawa telah terkorban, justeru mencetuskan perlumbaan global untuk mencari vaksin dan rawatan efektif.

Sanofi ialah salah satu daripada beberapa syarikat yang membangunkan vaksin namun saintis berasa was-was untuk mengatakan bahawa satu vaksin hanya akan diperoleh pada akhir tahun ini . – AFP