PARIS, 21 OKT – Sanofi mengesahkan hari ini terhadap rancangan untuk menjual unit ubat-ubatan di luar kawalan doktor kepada dana pelaburan Amerika Syarikat, selepas mendapat jamian terhadap pekerjaan dan pelaburan.
Penjualan 50 peratus kepentingan dalam Opella kepada CD&R meningkatkan pelaburan bagi pengeluar ubat penahan sakit terkemuka Perancis, Doliprane, kepada 16 bilion euro (AS$17.4 bilion), kata Sanofi.
“Sanofi dan CD&R hari ini mengumumkan rancangan untuk bergabung tenaga bagi meneruskan hasrat Opella sebagai penjagaan kesihatan pengguna global terkemuka di Perancis,” katanya selepas pegawai Perancis meluluskan perjanjian itu hujung minggu.
Menteri Ekonomi Perancis, Antoine Armand berkata kelmarin, “Tuntutan kami terhadap pekerjaan, pengeluaran dan pelaburan akan dihormati.”
Kesatuan sekerja juga telah menyatakan kebimbangan terhadap risiko untuk menyediakan 1,700 pekerjaan di Perancis.
Bagi pihaknya, Sanofi menegaskan penjualan itu akan membantu Opella berkembang dengan membawa masuk rakan kongsi yang bersedia untuk melabur dalam pasaran yang mempunyai lebih banyak persamaan dengan pasaran barangan pengguna berbanding ubat farmaseutikal tulen.
Opella telah menggaji lebih 11,000 pekerja dan beroperasi di 100 negara. Sanofi berkata ia adalah perniagaan ketiga terbesar di seluruh dunia dalam pasaran untuk ubat-ubatan, vitamin dan makanan tambahan yang dijual secara bebas. – AFP