Santai Gaming juara kejohanan PUBG

Oleh Wani Roslan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Kumpulan Santai Gaming muncul juara dalam Kejohanan Luar Talian Mobile PUBG anjuran bersama The Real Esport dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kelmarin.

Juara memenangi hadiah wang tunai $500 manakala di tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Dyno X yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $250 dan tempat ketiga pula, Divinity Esport memenangi hadiah wang tunai $100.

Kejohanan empat hari itu disertai 54 pasukan yang mana hanya 16 pasukan bertanding dalam pertandingan akhir yang diadakan di Perpustakaan DBP Muara.

Kejohanan bertujuan mengasah bakat belia dalam kejohanan terkenal dan terbesar dunia itu, selain mengeratkan hubungan antara peserta.

Kumpulan Santai Gaming bergambar bersama hadiah mereka.