Santai minum bersama haiwan eksotik

KAFE ini memberikan ruang kepada orang ramai untuk menikmati minuman kopi mereka bersama dengan beberapa ekor haiwan eksotik seperti ular, iguana dan kala jengking.

Kafe ini merupakan yang pertama di ibu kota Kemboja, Phnom Penh dan menjadi sangat terkenal sebagaimana kafe kucing di bandar raya tersebut.

Pemiliknya, Chea Raty telah menjalankan perniagaan itu untuk mengubah pandangan orang ramai tentang haiwan eksotik ini dan meyakinkan pelanggan bahawa haiwan ini sangat mesra serta tidak menakutkan. “Saya yakin bahawa mereka akan menyukai haiwan ini sebagaimana saya menyukainya,” kata lelaki yang berusia 32 tahun itu kepada AFP sambil memegang seekor iguana.

Dinding kafe tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis ular yang disimpan dalam tangki kaca manakala beberapa ekor burung Macaw menghiasi bahagian sudut kafe tersebut dengan pelbagai warna.

“Tidak dinafikan ada beberapa pelawat kelihatan ragu-ragu untuk memegang haiwan itu namun ada juga yang berani malah memeluk haiwan tersebut,” tambahnya.

Kafe ini merupakan yang pertama di ibu kota Kemboja, Phnom Penh. – AFP
Bagi para pengunjung, kafe ini mampu meningkatkan daya kekuatan diri kerana mereka akan melawan ketakutan mereka. – AFP

Walaupun tidak mengenakan bayaran masuk, para pengunjung boleh memesan kopi dan beberapa jenis minuman sambil menikmati keadaan sekeliling kafe tersebut. Minuman teh sejuk menjadi objek yang sejuk buat ular sawa berwarna kuning untuk memutar badannya.

Sebuah kafe yang unik

Kelihatan seorang wanita mengangkat ular sawa albino dan membiarkannya bergerak di badannya manakala seekor iguana diangkat oleh seorang lelaki berbaju merah. Seorang pelanggan yang bernama Y Navim pada mulanya berhati-hati untuk memegang haiwan-haiwan ini apatah lagi haiwan ini berpotensi untuk membunuh.

“Kafe ini sangat unik dan saya tidak pernah menyaksikan haiwan eksotik berlegar. Ia sangat cantik dan dalam masa yang sama, menakutkan,” tambah Y Navim.

Sesetengah pengkritik mengkritik tindakan pemilik kafe tersebut namun Raty berkata bahawa kebanyakan haiwan eksotik ini tidak akan mampu hidup lama di hidupan liarnya disebabkan sudah terbiasa dengan habitatnya sekarang.

Kebanyakan haiwan ini diimport dari Thailand dan perniagaan yang dijalankannya ketika ini agak sedikit perlahan disebabkan ada sesetengah penduduk masih merasa takut dengan ular dan biawak.

Bagi para pengunjung, kafe ini mampu meningkatkan daya kekuatan diri kerana mereka akan melawan ketakutan mereka untuk memegang haiwan ini seperti meletakkan ular sawa di leher mereka dan mengambil swafoto serta memuat naik ke media sosial. – AFP