Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Santubong dikenal pasti produk pelancongan mesra Muslim

    KUCHING, 15 SEPT – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenal pasti kawasan Santubong sebagai antara produk pelancongan yang boleh diketengahkan sebagai satu daripada skop sektor pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim.

    Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana Santubong merupakan tapak negeri Melayu kedua tertua dunia dengan terdapat makam Sultan Tengah Sarawak yang merupakan satu-satunya sultan bagi kerajaan kurun ke-17 yang masih terjaga rapi untuk dilawati pengunjung.

    “(Santubong) juga menarik dengan tapak-tapak arkeologinya. Tanah perkuburan prasejarah di Tanjong Kubor, aktiviti manusia awal menubuhkan industri besi di Sungai Jaong dan ukiran batu dari tamadun terdahulu yang semua ini boleh dijadikan penceritaan menarik bagi pelancong Muslim,” katanya pada majlis perasmian Seminar Keusahawanan dan Kepimpinan Pelancongan Islam (ITELS) di sini hari ini.

    Nancy berkata dalam usaha membangunkan sektor pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim, MOTAC kini mempermudah urusan pendaftaran pengusaha inap desa bagi membolehkan pengusaha mendapat manfaat di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia.

    “Ini merupakan satu daripada usaha keajaan untuk meningkatkan penjanaan pendapatan masyarakat setempat menerusi pelancongan berasaskan komuniti di luar bandar.

    “Sebagai contoh, masjid-masjid di serata negeri ini dengan sejarah dan silang budayanya boleh mempamerkan cara hidup seni dan budayanya yang tidak dialami di tempat lain. Begitu juga aktiviti inap desa yang menyerlahkan warisan tersendiri kaum etnik yang terdapat di negeri ini,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Nancy Shukri semasa merasmikan Seminar Keusahawan dan Kepimpinan Pelancongan Islam Sarawak kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...