SAO PAULO, 27 MEI – Sao Paulo di Brazil, wilayah yang menyaksikan paling ramai dijangkiti COVID-19, mengumumkan lanjutan sekatan pergerakan termasuk perintah berkurung sehingga 14 Jun, berikutan peningkatan jumlah kes di hospital, lapor Agensi Berita Xinhua kelmarin.
“Indikator pandemik menyarankan agar langkah berjaga-jaga diambil dan itulah sebabnya kami berhati-hati,” kata Gabenor Joao Doria pada sidang media.
Sebelum ini, Sao Paulo telah merancang melonggarkan sekatan, termasuk membenarkan restoran dan perniagaan lain kembali beroperasi mulai 31 Mei. Kini, perintah berkurung masih diteruskan dari pukul 9 malam (2400 GMT) hingga 5 pagi (0800 GMT) dengan pengunjung ke premis-premis ini hanya dibenarkan sehingga 40 peratus daripada kapasiti. – Bernama