Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sara Ali Khan jadikan Kareena Kapoor sumber inspirasi

    Pelakon Sara Ali Khan merupakan salah seorang selebriti muda yang hangat diperkatakan di Bollywood dan popularitinya melonjak naik sejak tahun 2018.

    Memetik laporan PinkVilla, Sara Ali Khan mengakui aktres Kareena Kapoor merupakan inspirasinya dalam dunia lakonan.

    Malah, pelakon berusia 26 tahun itu turut memuji sikap profesional yang ditunjukkan isteri kepada pelakon Saif Ali Khan itu.

    “Kareena Kapoor sangat hebat dalam cara dia bekerja dan profesional.

    “Jika ada apa-apa, saya ingin belajar daripadanya adalah sikap profesionalisme.

    “Saya ingin menyerap sikap yang ada pada dia dalam diri saya,” kata Sara Ali.

    Lakonan Sara Ali Khan mula dilihat dan dipuji selepas bergandingan dengan aktor Bollywood terkenal iaitu Abhishek Kapoor menerusi filem Kedarnath pada 2018. – Agensi

    Sara Ali Khan mempunyai hubungan rapat dengan Kareena Kapoor. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...