Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sarabia pecahkan kebuntuan Sepanyol

    GENEVA, 10 JUN – Sepanyol berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Negara-Negara melalui gol pembukaan daripada Pablo Sarabia yang sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Switzerland, kelmarin.

    Sarabia mengambil peluang atas kesilapan pemain Switzerland di barisan pertahanan untuk meletakkan pasukan Luis Enrique dihadapan di Geneva dan jaringan itu sudah memadai membawa pasukan pelawat memenangi perlawanan.

    Sepanyol pastinya berasa gembira memenangi perlawanan tersebut selepas mereka terikat seri dengan Portugal di halaman sendiri 1-1 dan memerlukan gol pada penghujung perlawanan untuk menyamakan kedudukan 2-2 menentang Republik Czech pada minggu lalu.

    Sementara itu, Switzerland pula, mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut dalam kejuaraan tersebut selepas mereka tewas 2-1 kepada Republik Czech, dan sebelumnya dibelasah oleh Portugal 4-0 dengan Cristiano Ronaldo berhasil meraih dua gol.

    Sepanyol berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan A2, dua mata di belakang Portugal, manakala Switzerland berada di tangga tercorot, dengan jurang empat mata kepada Republik Czech.

    Dalam perlawanan suku akhir di Euro 2020, pasukan Sepanyol memerlukan gol penalti untuk menewaskan Switzerland dan keadaan sedikit berbeza dalam perlawanan kali ini, walaupun Sepanyol menguasai perlawanan tersebut. – AFP

    Aksi Pablo Sarabia (tengah) dengan Silvan Widmer (kanan) merebut bola dalam perlawanan Kumpulan A2 antara Switzerland dan Sepanyol di Stadium Geneve. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...