Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Saranan wujudkan prosedur lebih fleksibel

    Seperti dimaklumi, sebilangan pelajar di negara ini masih menjalani pembelajaran secara dalam talian di rumah masing-masing demi mengelak dari berlakunya peningkatan kes jangkitan baharu.

    Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu dialami oleh sesetengah ibu bapa yang bekerja di mana sudah dialami sejak bermulanya pandemik dan pendidikan beralih ke online. Dalam hal ini, ibu bapa yang bekerja sama ada di sektor kerajaan atau swasta akan mengalami kesukaran untuk memantau anak-anak mereka melaksanakan pembelajaran di rumah semasa waktu bekerja sehingga ada yang terpaksa masuk akhir kerja atau memohon balik awal. Jika dalam beberapa hari sahaja mungkin tidak menjadi masalah bagi ketua-ketua jabatan namun jika sebaliknya bagaimana?

    Memang tidak dinafikan sesetengah ketua atau majikan memahami situasi ini dan memberikan kelonggaran namun ada juga sebaliknya.

    Justeru saya berharap pihak relevan merangka satu prosedur yang lebih fleksibel. Sebagai contoh merangka sementara waktu bekerja dan waktu-waktu pembelajaran kepada para pelajar seperti waktu bekerja hanya bermula dari waktu 7:45 sehingga pukul 2 petang dan waktu pembelajaran kanak-kanak mungkin bermula dari pukul 2:30 sehingga 5:30 petang.

    Namun ini hanyalah pandangan saya dan mungkin ada pendapat lebih baik.

    Indung pelajar

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...