KUCHING, 15 MAC – Semua perhimpunan kerajaan dan awam melibatkan lebih 50 orang di Sarawak perlu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia merupakan dasar terkini Sarawak dalam menangani wabak COVID-19.
“Tindakan itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha dan langkah untuk mengurangkan penyebaran COVID-19,” jelasnya. – Bernama