Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak bakal jadi pengeksport nanas MD2

    KUCHING, 15 Jan – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran nanas premium MD2 dengan peruntukan RM300,000 untuk membangunkan kawasan tanaman seluas 4 hektar. bagi tujuan eksport ke China.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata daripada keseluruhan kawasan projek, 827 hektar daripadanya adalah untuk penanaman varieti MD2.

    Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata negeri ini berpotensi besar untuk dimajukan dengan tanaman nanas memandangkan faktor ketersediaan tanah yang lebih luas, kos tenaga buruh lebih rendah serta jarak penghantaran yang lebih dekat.

    “Sektor ini juga mampu memberi manfaat kepada pengusaha terutamanya pekebun kecil,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium Negeri Sarawak di Kampung Padang Pan Bau, kira-kira 30km dari sini Sabtu lepas, menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat LPNM hari ini.

    Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datik Nogeh Gumbek, Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Datuk Salehhuddin Hassan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda