Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Sarawak bangun aplikasi pantau buaya

    KUCHING, 17 MEI – Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time atau data masa nyata.

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

    Katanya, kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang.

    “Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya.

    “Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko serangan buaya,” katanya menjawab soalan Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

    Mohd Chee mahu tahu apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil kerajaan negeri bagi mengatasi ancaman serangan buaya di Sarawak.

    Len Talif berkata, dari tahun 2020 hingga kini, SFC telah menjalankan sebanyak 107 operasi dan 95 ekor buaya telah ditangkap serta 482 biji telur telah dipindahkan.

    “Program Kesedaran 3M (mengetahui, memahami dan memulihara) Buaya juga sentiasa dianjurkan di kawasan-kawasan mempunyai kehadiran buaya dan papan tanda amaran kehadiran buaya diletakkan di kawasan strategik,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...