Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Sarawak bangunkan kaedah bebola tanam pokok guna dron benih

    KUCHING, 30 SEPT – Bagi memperkasakan program restorasi hutan di Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengetengahkan projek ‘Seed Ball’ yang memudahkan aktiviti penanaman pokok terutamanya di kawasan berbukit dan sukar diterokai.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata setiap bebola benih berkenaan yang disalutkan dengan biji benih pokok mampu mencapai kadar percambahan 90 peratus selepas tujuh hingga 14 hari ditaburkan dengan menggunakan dron khas.

    Beliau berkata kos penyediaan bebola benih lebih murah berbanding kaedah lain dan agensi perhutanan serta pihak berkepentingan lain boleh bekerjasama bagi memperkasakan inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) spesies pokok tempatan berkualiti tinggi negeri ini.

    Katanya elemen R&D perlu diperkasakan dan meminta JHS dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) membentuk kerjasama pintar bagi mewujudkan hub penyelidikan perhutanan di Sarawak.

    “Sebagai sokongan, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan khas untuk kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Restoration (Greening Sarawak’s Campaign) JHS bersempena sambutan Bulan Inovasi Perkhid-matan Awam Sarawak 2021 di sini hari ini.

    Abang Johari berkata usaha akan diteruskan untuk menghijaukan negeri ini melalui pelaksanaan program restorasi landskap hutan dan Kempen Penghijauan Malaysia 2021-2025 dan ia seiring dengan wawasan Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030. – Bernama

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua,kiri) melihat produk ‘Seed Ball For Forest Landscape Restoration’ selepas melancarkan Le Tour Restoration sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2021 di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan