Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Sarawak belanja RM300 juta biayai kos keseluruhan operasi vaksinasi COVID

    SIBU, 28 OGOS – Sarawak membelanjakan RM300 juta untuk membiayai kos keseluruhan operasi vaksinasi sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

    Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah berkata peruntukan itu digunakan bagi membiayai perkhidmatan sokongan termasuk pengangkutan menghantar vaksin ke kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

    Katanya, dana tersebut juga digunakan untuk menampung kos pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) serta pusat kuarantin di hotel, selain kos menganalisis ujian calitan yang ditingkatkan daripada 2,500 sehari kepada 6,000 sehari ketika kes mencatatkan peningkatan mendadak.

    “Pada September 2021, Sarawak mencatat sehingga 5,000 kes sehari. Kalau seorang positif kita perlu membuat pemeriksaan ke atas 10 orang kontak rapat, calitan ini kita bayar, ada yang kita hantar ke Kuala Lumpur dan ada juga dihantar ke pihak swasta di Sarawak,” katanya kepada media selepas menghadiri Malam Apresiasi Bersama Barisan Hadapan COVID-19 Zon Tengah, semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...