Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sarawak benarkan jamuan keluarga menjelang TBC

    KUCHING, 24 JAN – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan jamuan makan bersama keluarga pada 31 Januari ini menjelang Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan disambut pada hari berikutnya (1 Februari).

    JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

    Menurut JPBN, acara makan keluarga itu bagaimanapun dihadkan untuk ahli keluarga pada kapasiti kehadiran 50 peratus mengikut saiz rumah atau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk restoran.

    Aktiviti ziarah juga dibenarkan pada hari pertama dan kedua sahaja dalam kalangan ahli keluarga namun rumah terbuka anjuran individu, persatuan atau pertubuhan tidak dibenarkan, menurut JPBN.

    “Upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan dengan mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). Sambutan Chap Goh Mei (penghujung sambutan Tahun Baharu Cina) hanya dalam kalangan ahli keluarga  terdekat sahaja,” menurut kenyataan itu.

    Aktiviti tarian singa pula dibenarkan beroperasi mulai 1 hingga 4 Feb dari 6 pagi hingga 6 petang diikuti dari 6 pagi hingga 10 malam pada 15 Februari (Chap Goh Mei). – Bernama

    Sebahagian masyarakat Cina memilih perhiasan rumah sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Bandar Kim Fung, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...