Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Sarawak berhasrat jadi pembekal tenaga rantau ASEAN

    KUCHING, 6 OGOS – Sarawak akan terus memanfaatkan pembangunan tenaga lestari bagi memenuhi aspirasinya menjadi pembekal tenaga kepada ASEAN dan memacu pertumbuhan yang mampan di rantau itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

    Beliau berkata memiliki sumber asli yang banyak serta tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran tinggi, membolehkan Sarawak menumpukan kepada kelestarian alam sekitar dan ekonomi digital, yang akan terus menjadi prinsip teras untuk mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi pasca pandemik COVID-19.

    “Dua minggu lepas kita melancarkan Strategi Pembangunan 2030 Pasca-COVID-19 (PCDS) untuk membangunkan masyarakat yang menikmati kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran mampan yang dipacu data dan inovasi,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian mengenai pertukaran tenaga dan kesalingsambungan antara anak syarikat Sarawak Energy, Syarikat SESCO Berhad dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) secara maya, dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

    Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili dan CEO SESB Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid yang turut disaksikan Pengerusi SESB Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lelaki hilang pekerjaan, rehat lama dalam tandas

    CHINA, 9 JUN - Seorang lelaki China dipecat oleh majikannya kerana terlalu banyak menghabiskan masa di dalam tandas pada waktu bekerja antara 47 minit...
    - Advertisment -