Sarawak bersederhana sambut Ramadan

KUCHING, 12 APRIL – Kemeriahan menyambut Ramadan tetap terasa walaupun Sarawak kini berada dalam tempoh pelaksana-an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan orang ramai dilihat mengunjungi pasar awam dan pasar raya untuk melakukan persiapan terakhir.

Tinjauan Bernama di Medan Niaga Satok di sini, kira-kira 10:30 pagi mendapati, orang ramai masih berpusu-pusu datang ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan dan stok makanan untuk persiapan Ramadan.

Sementara itu, beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak telah mengambil langkah tidak menganjurkan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini berikutan keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda sekarang. – Bernama