Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

Sarawak catat 1.6 juta pengunjung

KUCHING, 9 DIS – Seramai 1,603,463 orang pengunjung dicatatkan memasuki Sarawak sejak Januari hingga November tahun ini melepasi sasaran 1.2 juta orang yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi 2022.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejayaan itu hasil kerjasama kerajaan Sarawak dan pemain industri pelancongan sepanjang tahun ini selepas industri berkenaan terkesan selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

“Kalau sampai Disember (akhir Disember) ini saya percaya kita akan dapat lebih 1.8 juta. Ini bermakna kita akan melepasi sasaran 1.2 juta dan dengan lebih 600,000 pengunjung,” katanya pada sidang media bagi mempromosi Sambutan Tahun Baharu 2023 di sini hari ini. Beliau berkata kerajaan Sarawak telah melaksanakan strategi pemulihan industri itu dengan berkesan berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada pemain industri dan berharap sektor pelancongan negeri akan terus berkembang pada tahun depan.

“Kita dapat mengurus negeri kita dengan begitu baik. Industri pelancongan dan perhotelan agak gembira. Beberapa tahun kita berada dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dan kita sangat berharap tahun baharu nanti menjadi tahun yang baik untuk kita,” katanya. Dalam pada itu, Abdul Karim berkata Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching yang menjadi satu daripada ikon pelancongan di bandar raya ini akan ditutup mulai 28 Disember bagi persiapan acara Sambutan Tahun Baharu 2023 pada 31 Disember. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -