KUCHING, 17 JAN – Sarawak Delta Geopark (SDGp), sebuah projek tapak warisan geologi berkeluasan 311,246 hektar di selatan negeri itu akan melalui proses penilaian Jawatankuasa Penilaian Geopark Kebangsaan bermula 19 hingga 21 Jan ini bagi mendapatkan pengiktirafan Geopark Kebangsaan.
Menteri Muda Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata pakar geologi Prof Dr Felix Tongkul dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pakar biologi Prof Datuk Dr Mohammad Tajuddin Abdullah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menjalankan penilaian berkenaan.
“Sesi penilaian ini penting dalam usaha kerajaan nege-ri mendapatkan pengiktirafan SDGp sebagai geopark kebangsaan dan seterusnya pada peringkat antarabangsa bagi melindungi dan memelihara warisan geologi, biodiversiti, sejarah dan budaya melalui konsep pembangunan secara mapan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama