Sarawak garis tiga strategi laksana PKPB

KUCHING, 5 MEI – Sarawak menggariskan tiga strategi iaitu koordinasi, kesiapsiagaan dan operasi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dilaksanakan di negeri itu, kata Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau berkata bagi strategi koordinasi, JPBN akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan bagi memenuhi keadaan setempat pelbagai aktiviti ekonomi di negeri itu sebelum bergerak ke arah strategi kesiapsiagaan bagi semua pihak berkepentingan membiasakan diri dengan SOP serta garis panduan terbabit. – Bernama