Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sarawak labuh tirai 2021 dengan kes paling rendah

    KUCHING, 31 DIS – Sarawak melabuhkan tirai 2021 dengan mencatatkan kes harian baharu COVID-19 terendah pernah dicatatkan tahun ini dengan 14 kes.

    Kali terakhir Sarawak mencatatkan kes harian COVID-19 terendah adalah pada 28 Disember lepas dengan 19 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan  daripada jumlah kes baharu hari ini, dua kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 12 kes lagi bergejala ringan dan tidak bergejala.

    “Pertambahan kes hari ini juga menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 252,300,” menurut JPBN. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...