Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak larang kemasukan Selva

    KUCHING, 8 Feb – Sarawak mengikut jejak Sabah mengharamkan kemasukan bekas banduan perogol bersiri, S. Selva Kumar, ke negeri ini.

    Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben berkata pihak berkuasa negeri ini mengarahkan jabatan itu menghalang kemasukan Selva Kumar berkuat kuasa serta-merta.

    Semalam, beberapa pemimpin negeri dan parti menggesa kerajaan negeri mengenakan larangan itu.

    Mereka termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Naib Presiden Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak Datuk Sebastian Ting Chew Yew.

    Selva Kumar pulang ke Malaysia semalam setelah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada kerana melakukan 19 kesalahan serangan seksual, 28 kesalahan menggunakan bahan berbahaya, 10 kesalahan melakukan pelbagai serangan dan berbelas kesalahan lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda