Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Sarawak lulus peruntukan RM130 juta bina jalan Igan ke Sibu

    KUCHING, 8 JUN – Kerajaan Sarawak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM130 juta bagi projek pembinaan jalan Igan ke Sibu.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun.

    Beliau berkata pembinaan jalan tersebut dijangka mampu mempercepat perjalanan penduduk di kawasan sekitar Igan ke bandar Sibu.

    “Jalan ini nanti bukan sahaja dapat memanfaatkan penduduk kawasan Igan sahaja malah penduduk di kawasan Bawang Assan dan Bruit.

    “Apabila kita lihat impak baik pembinaan ini maka kita minta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk beri anggaran kos diperlukan dan JKR telah anggarkan RM130 juta. Jadi kita setuju luluskan jumlah itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Matu hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...