Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Sarawak mahu belajar proses penanaman padi dari Selangor

    KUCHING, 9 JUN – Sarawak akan mempelajari proses penanaman padi dari Selangor, terutamanya dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi.

    Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata ini kerana penanaman padi di kawasan Sekinchan, Selangor ketika ini cukup maju.

    Beliau berkata kawasan Sekinchan kini mempunyai 75 peratus Tahap Sara Diri (SSL) padi, serta memberi pendapatan baik kepada pesawahnya.

    “Jadi itu akan menjadi hala tuju kami, saya akan terus meminta pegawai saya untuk mempelajari dan mengkaji, terutama apa yang mereka (di Sekinchan) lakukan,” katanya ketika merasmikan acara Ngabang Gawai di RTM Kuching di sini, hari ini.

    Dr Rundi berkata pihaknya mungkin menggunakan kaedah penanaman padi di Selangor itu, sekiranya proses itu sesuai di Sarawak. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...