Tuesday, May 30, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Sarawak perlu 6,000 teknologis bertauliah menjelang 2025

    KUCHING, 11 MEI – Sarawak memerlukan kira-kira 6,000 teknologis bertauliah bagi merealisasikan visi sebagai peneraju Revolusi Industri 5.0 (IR5.0), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Bercakap pada Simposium Borneo Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) 2023 di sini hari ini, beliau berkata Sarawak menyasarkan untuk mempunyai 10,000 teknologis menjelang 2025 namun pada masa ini, negeri itu hanya dapat menghasilkan kira-kira 30 peratus daripada yang disasarkan.

    “Ketika ini kita (Sarawak) memiliki seramai 3,291 teknologis bertauliah yang terdiri daripada 1,961 graduan teknologi, juruteknik bertauliah (461), teknologis profesional (722) dan juruteknik bertauliah (147).

    “Mudah-mudahan kita mampu mencapai angka berkenaan pada 2025, yang sukar… namun sekurang-kurangnya kita mesti mempunyai teknologis yang mencukupi menjelang 2030,” katanya. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat ruang pameran bertemakan teknologi selepas merasmikan Simposium MTOB. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -