Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sarawak perlu kekal aspek perpaduan

    KUCHING, 18 MEI – Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata, perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.

    “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, hari ini.

    Abang Johari berkata, meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pernah mengakibatkan konflik besar.

    “Inilah yang perlu kita jaga bersama dan pentingnya kita memahami agama dengan saluran yang betul dan tepat,” katanya.

    Seminar bertemakan ‘Kelestarian Fiqh As-Syafi’i Dalam Memacu Kemakmuran

    Ummah’ menghimpunkan kira-kira 1,300 peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Jordan dan Yaman. – Bernama

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...