Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sarawak sasar 1.2 juta pengunjung tahun ini

    KUCHING, 22 FEB – Sarawak menyasarkan ketibaan seramai 1.2 juta pengunjung tahun ini yang dijangka menjana pendapatan sekitar RM3.2 bilion dalam bentuk resit pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahannya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini.

    Katanya bilangan pengunjung ke negeri ini sudahpun melonjak kira-kira lima kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas dan keadaan ini akan berlanjutan sekiranya pandemik COVID-19 semakin reda dalam tahun ini.

    “Sebelum COVID, jumlah pengunjung mencecah 4.5 juta orang dan berilah satu atau dua tahun lagi bagi melonjak kembali ke angka itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak  di sini hari ini.

    Menurutnya persetujuan Malaysia dan Brunei untuk mewujudkan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) baru-baru ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan pengunjung ke Sarawak selepas sempadan kedua-dua negara itu ditutup sejak tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...