Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sarawak sasar eksport udang cecah RM1 bilion

    KUCHING, 7 SEPT – Sarawak menyasarkan eksport udang dari negeri itu mencecah RM1 bilion menjelang tahun 2030, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom hari ini.

    Beliau berkata, peningkatan eksport itu juga merupakan perancangan dan sasaran kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak di antara negeri pengeksport terbesar produk makanan pada tahun 2030. Sasaran itu, jelas beliau, mampu dicapai dengan kerjasama kementeriannya melalui Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bersama Sea Horse Corporation Sdn. Bhd. bagi meningkatkan pengeluaran udang.

    Beliau berkata demikian pada sidang media majlis menandatangani perjanjian untuk projek ternakan udang Rambungan Aqualife Sdn Bhd di antara PPNS dan Sea Horse Corporation Sdn Bhd di sini.

    Menurutnya, melalui kerjasama tersebut kerajaan akan membantu daripada segi penyediaan infrastruktur, manakala pihak Sea Horse pula menyumbang kepakaran dari segi penternakan.

    “Setakat ini, nilai eksport udang Sea Horse telah mencapai RM100 juta dan dalam usaha kerajaan untuk mencapai sasaran RM100 bilion, sebanyak 7,000 hektar tanah diperlukan bagi pembinaan kolam ternakan udang.

    “Kita akan sentiasa memantau usaha sama ini supaya dapat dijayakan mengikut apa yang telah dirancangkan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...