Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sarawak sasar jadi pembekal utama tenaga boleh diperbaharui

    KUCHING, Feb 21 – Sarawak berhasrat mencapai pertumbuhan dan kemakmuran mampan dengan menjadi kuasa besar Asia Tenggara untuk menyediakan tenaga boleh diperbaharui yang mampu dimiliki dan boleh dipercayai, kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    “Sasaran ini boleh dicapai kerana Sarawak memiliki banyak sumber asli, termasuk tenaga hidro dan sumber tenaga asli yang boleh dimanfaatkan manakala inisiatif kemampanan telah dilaksanakan untuk meminimumkan kesan alam sekitar daripada usaha ini.

    “Sejak 2016, kita telah mengeksport kebanyakan tenaga elektrik boleh diperbaharui ke Kalimantan Barat (Indonesia) dan dalam masa terdekat kita akan memulakan eksport tenaga ke Sabah dan menyasarkan untuk merealisasikan Grid Borneo dan menjadi Battery of ASEAN,” katanya pada sesi Townhall Sarawak Energy Centenary di sini hari ini.

    Beliau berkata Sarawak Energy iaitu syarikat bekalan kuasa milik kerajaan Sarawak, sedang menyediakan keputusan akhir berkaitan pelaburan untuk memulakan projek pembangunan hidroelektrik di Kalimantan Utara yang apabila direalisasikan, akan menyumbang kepada kebolehpercayaan bekalan serantau, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran.

    Beliau berkata keperluan bekalan rakyat Sarawak khususnya di kawasan luar bandar terus diberi penekanan sewajarnya kerana mereka perlu dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan asas untuk menyertai aktiviti mencipta kekayaan dan meningkatkan taraf hidup mereka. – Bernama

    Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) pada majlis pelancaran ulang tahun Ke-100 Sarawak Energy Berhad (SEB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...