Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak sumbang RM10,000 kepada ‘wanita besi’

    KUCHING, 16 April – Kerajaan Negeri Sarawak hari ini menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada Husnul Khatimah Wajidi, atau turut dikenali sebagai ‘wanita besi Sarawak’ bagi membantu persiapan beliau untuk menghadapi Kejohanan Raksasa Statik Seluruh Dunia di Gold Coast Australia pada 20 Mei ini.

    Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam majlis ringkas di sini.

    Fatimah berkata kisah Husnul Khatimah boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada seluruh kaum wanita dalam negara, khususnya di Sarawak, untuk melibatkan diri dalam bidang yang jarang-jarang disertai kaum wanita, sejajar dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang memberi fokus kepada kaum ibu

    dan wanita sebagai penyumbang kepada pembangunan negara.

    Menurutnya Husnul Khatimah merupakan wanita berhijab Malaysia yang pertama terpilih dalam acara kejohanan angkat berat Log dan Deadlift 2018 di bawah kategori 72 kilogram di Kejohanan itu dan wang sumbangan hari ini diharap dapat menampung pelbagai keperluan perbelanjaan beliau semasa di sana nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda