Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sarawak suntik RM2.3j pulih landskap hutan tahun depan

    KUCHING, 21 NOV – Kerajaan Sarawak akan membelanjakan RM2.3 juta dalam Bajet 2023 untuk meneruskan Program Pemulihan Landskap Hutan (FLR) yang berperanan penting dalam mencapai matlamat kelestarian alam sekitar negeri.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata program FLR bertujuan memulihkan integriti ekologi dan meningkatkan produktiviti serta nilai ekonomi landskap hutan yang terdegradasi melalui aktiviti seperti penanaman semula pokok.

    “Sejumlah RM19 juta telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 untuk melaksanakan projek ini dengan 35 juta pokok disasarkan untuk ditanam dalam tempoh tiga tahun akan datang. Sehingga Ogos 2022, lebih 14.45 juta pokok telah ditanam,” katanya ketika membentangkan Bajet negeri 2023 di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...