Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Sarawak suntik RM348j bangunkan Bahagian Kapit

    KAPIT, 6 JUN – Kerajaan Sarawak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM348 juta untuk melaksanakan projek naik taraf jalan raya dan bekalan elektrik di Bahagian Kapit sebagai susulan kepada pembangunan pesat yang berlaku sejak siapnya projek jalan raya Sibu-Kapit.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM190 juta adalah bagi membiayai pembesaran jalan raya dan penyediaan lampu isyarat pintar di bandar Kapit yang kini mengalami kesesakan lalu lintas.

    Menurutnya, kesesakan tersebut berlaku berikutan jumlah kenderaan yang bertambah sejak siapnya jalan menghubungkan bandar Kapit dan Sibu tahun lepas, di mana semakin ramai penduduk mampu memiliki kenderaan sendiri menggunakannya untuk bergerak.

    “Diharap pembesaran jalan raya ini nanti boleh mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar Kapit,” katanya kepada media semasa meninjau Taman Lily Pond di sini hari ini. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...