Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sarawak tingkatkan persiapan hadapi monsun timur laut

    KUCHING, 21 SEPT  – Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi musim monsun timur laut yang diramal membawa hujan lebat dan ribut petir antara Disember hingga Januari tahun depan.

    Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata seramai 1,590 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan bertugas sepanjang tempoh itu dan akan dibantu 9,187 anggota pasukan Bomba Komuniti dan 8,624 anggota Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT).

    Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti 310 lokasi hotspot banjir di seluruh negeri, 73 daripadanya di Bahagian Sibu, 52 di Sri Aman, 42 di Kuching, 40 masing-masing di Samarahan dan Miri, 32 di Bintulu dan 31 di Limbang.

    “Jabatan juga telah mengenal pasti 97 lokasi yang perhubungan jalan raya paling mudah terputus, 42 daripadanya terletak di Sibu. Terdapat juga 77 lokasi yang terdedah kepada tanah runtuh, dengan Sibu sekali lagi mencatatkan lokasi terbanyak iaitu 32 kawasan,” katanya.

    Dari segi logistik, beliau berkata JBPM Sarawak telah menyediakan 48 bot, 16 lori, 87 kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah helikopter, manakala polis akan membekalkan 1,663 anggota, 52 lori, 109 kenderaan 4WD, 119 kereta, 35 van, sebuah ambulans dan sebuah bas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...