Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Sarawak umum wujudkan dana berdaulat selepas kajian dibuat

    KUCHING, 16 MEI – Kerajaan Sarawak akan mengumumkan keputusan untuk mewujudkan dana  berdaulat sendiri setelah kajian mengenainya dibuat, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata dana berdaulat adalah penting, dalam usaha negeri itu untuk menguruskan pendapatan dengan lebih baik, demi masa hadapan Sarawak.

    “Apabila ekonomi berkembang, pendapatan berkembang, dana ini akan memberikan pendapatan yang baik kepada negeri kita.

    “Sekarang kajian masih dibuat, selepas kajian dibuat mudah-mudahan kita dapat seperti negara Norway. Pengurusan yang cermat, telus dalam menguruskan harta, aset dan membangun untuk masa hadapan,” katanya di majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Perasmiaan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

    Abang Johari juga  kagum dengan kejayaan Norway, dalam menguruskan dana kekayaan berdaulat negara itu, yang diiktiraf secara meluas serta diuruskan menerusi standard tadbir urus tertinggi sejak penubuhannya pada 1996.

    “Pada awal dana daulat Norway tidak besar, hanya dua billion korona sahaja, namun sekarang dilaporkan mempunyai nilai keseluruhan AS$1.34 trilion, jadi kita di Sarawak kalau dijaga dengan baik insya Allah akan seperti Norway,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...