Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarimah mahu buat kemunculan semula

    Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim sudah bersedia kembali aktif dalam bidang seni malah ketika ini sedang giat mengambil kelas lakonan dengan bimbingan jurulatih dari luar negara.

    Sarimah, 45, berkata, dia mendapatkan khidmat jurulatih lakonan Gerry Grennell yang berpangkalan di Ireland dan pernah melatih pelakon terkenal Hollywood iaitu Natalie Portman dan mendiang Heath Ledger.

    “Sekarang ini saya sedang lakukan latihan bersama jurulatih yang pernah melatih pelakon Natalie Portman dan Heath Ledger iaitu Gerry Grenne.

    “Latihan secara atas talian sebanyak dua kali seminggu untuk tingkatkan kemahiran lakonan. Saya ambil inisiatif ini untuk mendalami ilmu dan kaedah lakonan yang betul,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Sarimah berkata, latihan dibuat itu berjalan dengan baik malah dia semakin mengenali kemahiran dimiliki yang ada diantaranya tidak diketahui sebelum ini.

    “Apabila belajar dengan Gerry saya mula risau sebab tidak tahu sama ada saya ini okay atau tidak… Tapi bila dia bagi maklum balas baru saya tahu di mana kemampuan saya.

    “Untuk masa ini, dia kata okay dan teruskan dengan apa yang saya minat… Lega apabila Gerry memberi maklum balas seperti itu,” ujarnya.

    Sementara itu, Sarimah berharap selepas ini dia akan lebih kerap mendapat peluang muncul dalam program televisyen atau filem selain menyimpan hasrat mencipta nama di luar negara. – Agensi

    Sarimah mendapat restu daripada suami untuk kembali aktif sebagai pelakon. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda