Sarri pertahan posisi baharu Hazard

BRIGHTON, 17 Dis – Maurizio Sarri menegaskan bahawa Eden Hazard boleh beraksi dengan baik dalam posisi ‘false nine’ selepas perancang Belgium itu membantu Chelsea menewaskan Brighton dengan keputusan 2-1.

Skuad Sarri mengekalkan kedudukan di tangga keempat dalam saingan Liga Perdana selepas Chelsea mempamerkan aksi mantap semalam.

Meskipun Hazard memulakan musim ini dengan beraksi sebagai pemain sayap, dia telah merangkul Anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana bagi bulan September.

Tetapi Hazard telah disimpan di posisi penyerang tengah apabila pengurus The Blues itu cuba mencari solusi bagi kekurangan penyudah yang dihadapi oleh kelab itu.

Tetapi Alvaro Morata dan Olivier Giroud bergelut untuk meledak gol apabila membarisi barisan serangan Chelsea pada musim ini.

Dan kadang kala Hazard tidak begitu selesa dengan posisi baharunya, dia masih mengkucar-kacirkan Brighton selepas melakukan assist untuk gol pembukaan menerusi Pedro dan penyudah cantik untuk menggandakan jaringan sebelum separuh masa pertama tamat.

Tetapi terjahan keras Dale Stephens memperlahankan pergerakan Hazard tetapi Sarri menjangka pemain tengah itu cergas untuk berdepan Bournemouth dalam saingan suku akhir Piala Liga Rabu ini.

Apabila ditanya mengenai adakah dia akan meneruskan peranan sebagai ‘false nine’, menurut Sarri: “Saya rasa, dia akan menjadi pemain penting bagi posisi tersebut.

“Dia mampu beraksi dan bergandingan dengan rakan sepasukannya dan mampu mencipta ruang. Jadi saya rasa, bagi posisi itu, dia perlu meningkatkan dari segi serangan apabila di dalam kotak penalti.

Pengurus Brighton, Chris Hughton mengakui bahawa Hazard dianggap pemain merbahaya oleh semua pasukan meskipun dia mengisi mana-mana posisi.

“Sukar untuk menghentikannya. Dia pemain berkelas dunia,” menurut Hughton. – AFP