Sarri sedia tunjuk belang

HUDDERSFIELD, 10 Ogos – Tempoh 48 jam terakhir dalam pasaran perpindahan pemain meletakkan Chelsea dalam situasi yang mencemaskan, setelah tunduk kepada Manchester City dalam pertemuan Perisai Komuniti, minggu lalu.

Kekalahan 0-2 menyebabkan pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri harus berdepan perbezaan antara kedua-dua pasukan itu bersama skuad Pep Guardiola kelihatan lebih baik dan tajam berbanding skuad kendaliannya.

Sarri menduduki kerusi panas itu kurang dari empat minggu dan perkara terakhir yang diperlukannya sebelum perlawanan pertama musim baharu di Hudderfield esok adalah mengatasi kebergantungan kelab tanpa penjaga gol Thibaut Courtois.

Keputusan Courtois untuk menjauhkan diri dari kelab minggu ini dalam usahanya untuk menggesa perpindahan ke Real Madrid mungkin membawa kesan negatif di Stamford Bridge, sekali gus mengulangi kisah lama yang pernah dilakukan Diego Costa, 12 bulan yang lalu.

Namun Chelsea pantas bertindak balas dengan menandatangani Kepa Arrizabalaga dari Athletic Bilbao dengan jumlah 71.6 juta pound untuk rekod termahal dunia bagi penjaga gawang, dengan kontrak selama tujuh tahun, sekali gus mencetuskan jalan keluar Courtois ke Real.

Sarri ketika menghadiri sidang media di Pusat Latihan Cobham Chelsea FC di Stoke D’Abernon, barat daya London pada 3 Ogos lalu. – AFP

Sebagai sebahagian daripada persetujuan bagi mendapatkan pemain Belgium itu, pemain Croatia Mateo Kovacic ditukarkan sebagai gantian secara pinjaman jangka panjang.

Namun, kelab yang terdesak untuk mempamerkan peningkatan selepas kempen mengecewakan berpunca daripada pertikaian antara jurulatih Antonio Conte dan kelab sehingga pasukan itu mengakhiri musim dengan berakhir di tangga kelima.

Kini, Sarri perlu melakukan kesemuanya untuk menghalang Eden Hazard mengikuti jejak rakan antarabangsanya ke Madrid, meskipun perjanjian sekarang memastikan bintang Belgium itu untuk bertahan.

Bagaimanapun, Courtois, telah melakukan sedikit usaha untuk mengembalikan reputasinya yang sudah pun terjejas di kelab lamanya apabila menyuarakan harapan agar Hazard menyertainya apabila dia muncul di Stadium Bernabeu. – AFP