FRANKFURT, 2 Mei – Maurizio Sarri memberi amaran kepada pasukannya Chelsea mengenai kemampuan Eintracht Frankfurt menjelang perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa di Jerman, awal pagi esok.
Sarri akan membimbing pasukannya mengharungi minggu-minggu terakhir musim ini dengan trofi Eropah dan kelayakan Liga Juara-Juara menjadi buruan tetapi pengendali Chelsea itu sedar kelab yang beraksi di Bundesliga itu adalah lawan sukar.
Eintracht mempamerkan aksi mengagumkan apabila berjaya mencabar kejuaraan Eropah buat kali pertama sejak memenangi Piala UEFA pada 1980 dengan menyingkir Benfica dalam pusingan sebelum ini meskipun beraksi dengan 10 pemain selama 70 minit pada perlawanan timbal balik pertama.
“Mereka adalah pasukan yang sangat dinamik dengan kesungguhan yang hebat,” kata Sarri. “Mereka sangat berbahaya di laman sendiri dan juga lawan. Ia akan menjadi sukar buat kami untuk ke final.”
Pemain pertahanan tengah Sarri, Andrea Christensen ‘sedia untuk bermain’ meskipun bergelut dengan kecederaan, dengan musim Antonio Rudiger berakhir awal selepas di terpaksa melakukan pembedahan lutut dan Gary Cahill menghadapi masalah Achilles. – AFP