Wednesday, November 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarung tangan tinju buatan Mexico jadi tumpuan dunia

    BANDAR RAYA MEXICO – Dalam dunia tinju, ianya sering dikuasai oleh para promoter dan penganjur – seperti Mayweather vs McGregor – Alberto Reyes suka melakukan perkara-perkara stail lama: Perusahannya masih membuat sarung tangan dengan buatan tangan, sama seperti yang dilakukan untuk Muhammad Ali.

    Ahli pertukangan warga Mexico ini adalah pemilik perusahaan bagi sarung tangan tinju Cleto Reyes, sebuah firma keluarga yang diasaskan oleh ayahnya pada tahun 1940-an dimana para kliennya terdiri daripada para legenda seperti Ali, Manny Pacquiao dan juga Rocky Balboa.

    Reyes suka menceritakan kisah-kisah publisiti terbaik yang pernah diterima oleh syarikatnya, ketika ia pernah menghasilkan sarung tangan bagi perlawanan terakhir Ali: Perlawanan 1878 itu adalah untuk menuntut kembali gelaran ‘heavyweight’ beliau dari Leon Spinks.

    Ianya seperti pengiklanan percuma yang sangat sukar untuk dibayangkan seperti pertarungan hebat yang akan berlangsung bulan ini ‘Money Fight’ diantara petinju Floyd Mayweather Jr dan petinju seni mempertahankan diri, Conor McGregor.

    “Mereka mempunyai sebuah kontrak dengan sebuah syarikat yang berlainan untuk membekalkan sarung tangan, tetapi Ali berkata, ‘Saya tidak akan bertarung jika ianya bukan dari sarung tangan Cleto,” kata Reyes, 65, di pejabatnya di Bandar Raya Mexico.

    Sarung tangan tinju Reyes dipamerkan di ibu pejabat kilang industri Reyes di Bandar Raya Mexico. – AFP
    Sarung tangan tinju Reyes dipamerkan di ibu pejabat kilang industri Reyes di Bandar Raya Mexico. – AFP
    Alberto Reyes, anak lelaki kepada pengasas Cleto Reyes, bergambar dengan sarung-sarung tangan yang memenuhi dinding di ibu pejabat kilang industri Reyes. – AFP
    Alberto Reyes, anak lelaki kepada pengasas Cleto Reyes, bergambar dengan sarung-sarung tangan yang memenuhi dinding di ibu pejabat kilang industri Reyes. – AFP

    Promoter pertarungan bersetuju untuk membenarkan Ali menggunakan sarung tangan kegemarannya, dalam satu perlawanan, Reyes berkata: Beliau harus meletakkan pita diatas label sarung tangan tersebut. Namun apabila berada di gelanggang, petinju yang juga dikenali sebagai ‘The Greatest’ meminta jurulatihnya, Angelo Dundee, untuk membuka pita tersebut.

    Gambar Ali dengan berkeadan berpeluh dan berusaha menangkis tumbukan dari Spinks – nama ‘Cleto Reyes’ jelas kelihatan terpapar pada sarung tangannya – telah diterbitkan di seluruh dunia selepas dinobatkan juara, berusia 36 tahun, merampas semula gelaran ‘heavyweight’ dari lawannya berusia 25 tahun.

    Sepasang sarung tangan itu dihasilkan oleh pekerja lama Cleto Reyes, Ruben Albarran, hari ini berusia 64 tahun.

    “Ia merupakan salah satu set pasangan pertama yang saya hasilkan,” katanya kepada AFP di salah sebuah kilang syarikat yang berada di pinggir Bandar Raya Mexico.

    “Apabila saya melihat pertarungan itu, saya sangat teruja bagi pihak syarikat. Kemudian saya melihat gambar itu di akhbar.”

    Albarran membesar dengan impian untuk menjadi seorang peninju, tetapi ketika berusia 15 tahun, bapanya memberitahunya yang beliau ini gila, katanya. Jadi beliau cuba membuat perkara terbaik seterusnya, dalam pandangan mata-nya: sebuah pekerjaan membuat sarung tangtan di Cleto Reyes.

    Ia adalah kisah yang hampir sama dengan bapa Alberto Reyes, Cleto Reyes sendiri. Sebagai seorang lelaki muda pada tahun 1930-an, beliau mengidolakan peninju Mexico yang baru meningkat naik seperti Juan Zurita dan Rodolfo Casanova.

    Pada masa itu, pemain amatur dibenarkan untuk bertanding di gelanggang dan mencuba nasib mereka – dan Reyes, pernah menghasilkan peralatan permainan besbol di sebuah kilang tempatan.

    “Dia bertahan sehingga tiga pusingan,” kata anak lelakinya. “Para pelatih memberitahunya, ‘Pergi ke gim, belajar bagaimana untuk memegang tangan anda, anda mempunyai potensi dan anda berani.’”

    Pekerja di kilang industri Reyes sedang melakukan kerja-kerja mereka di ibu pejabat syarikat itu di Bandar Raya Mexico. – AFP
    Pekerja di kilang industri Reyes sedang melakukan kerja-kerja mereka di ibu pejabat syarikat itu di Bandar Raya Mexico. – AFP
    Pekerja sedang membuat penelitian dan ujian pada sarung tangan tinju di kilang industri Reyes. – AFP
    Pekerja sedang membuat penelitian dan ujian pada sarung tangan tinju di kilang industri Reyes. – AFP

    Reyes mengalami trauma seumur hidup. Tetapi beliau menggunakan peralatan jahitan besbolnya untuk memperbaiki sarung tangannya yang rosak selepas pertarungan itu. Tidak lama kemudian beliau cuba untuk menghasilkan sarung tangannya sendiri dan mendapat perhatian dari idola beliau, Zurita, yang pernah menggunakan sarung tangan Cleto Reyes dalam kejohanan kejuaraan tahun 1945 menentang dengan petinju dari Amerika Syarikat, Ike Williams.

    Ia mula tersebar dari seorang petinju kepada petinju yang lain, yang mana Cleto Reyes membuat sepasang sarung tangan luar biasa. Dan senarai pelanggan terkenal semakin berkembang: Joe Louis, George Foreman, Sugar Ray Leonard, Mike Tyson, Evander Holyfield, Lennox Lewis, Oscar De La Hoya … juga Sylvester Stallone dikenali sebagai ‘Rocky’. Alberto Reyes berkata syarikat itu tidak pernah membayar kepada petinju-petinju tersebut untuk dipakai oleh mereka.

    “Mereka menggunakannya kerana mereka berasa selamat, kerana mereka tahu mereka akan mengalahkan pihak lawan dengan bergaya,” katanya.

    Firma kepakaran itu bermula dengan memilih kulit berkualiti dan terbaik. Kemudian mereka memotong dan menjahitnya dengan berhati-hati. Kemudian disaluti dengan busa dan rambut kuda. Ia adalah cara pembuatan lama dengan menggunakan mesin jahit lama. Bagi sepasang sarung tangan Cleto Reyes adalah berharga 1,380 peso (AS$75).

    “Mereka merasa selesa memakainya, dan kurang mendapat kerosakan,” kata jurulatih terkemuka Ignacio Beristain, yang telah melatih juara petinju Mexico termasuklah Juan Manuel Marquez dan Ricardo Lopez.

    Sarung tangan Cleto Reyes adalah sumber kebanggaan di Mexico. Dinding kilang itu dihiasi dengan gambar-gambar presiden, selebriti dan legenda tinju yang memakainya. Pegawai kesihatan awam di sini baru-baru ini melancarkan kempen baru untuk melawan kanser payudara – memakai sarung tangan Cleto Reyes berwarna merah jambu.

    “Ia merupakan satu penghormatan untuk bekerja di sebuah syarikat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata Albarran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda