Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Sasar kutip 200,000 tudung untuk derma

    Aktres Nur Fazura buat julung kali menjalinkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dalam program Kelestarian Korporat.

    Ia sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

    Menerusi kerjasama itu, Nur Fazura, 40, atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkata, pihaknya menjalankan program Tudung Lama Kasi Baru iaitu kempen penyerahan tudung lama untuk disalurkan kepada wanita yang memerlukan.

    Kempen penyerahan tudung ‘preloved’ dijalankan sejak tahun lalu itu bertujuan membantu lebih ramai wanita yang tidak mampu membeli tudung.

    “Alhamdulillah, ini kali pertama saya bekerjasama dengan MATRADE dan sangat bersyukur dipilih menjadi rakan korporat kelestarian.

    Nur Fazura berkata program Tudung Lama Kasi Baru sangat mendapat sambutan. – Ohbulan

    “Menerusi kerjasama ini juga kami mengadakan kempen Tudung Lama Kasi Baru yang dilancarkan, tahun lalu. Kali ini, ramai datang menyerahkan tudung lama masih dalam keadaan baik untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

    “Sesiapa yang menyerahkan tudung akan menerima baucar dan tudung. Tahun lalu, kami berjaya kutip 30,000 tudung dan kami sasarkan jumlah lebih besar iaitu 200,000 tudung, tahun ini,” katanya yang ditemui BH Online di MIHAS 2023, baru-baru ini.

    Nur Fazura berkata, kempen itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan
    berterima kasih atas sokongan orang ramai.

    “Inisiatif ini banyak buat orang teruja kerana niat kami memang mahu bantu hijabista yang tidak mampu membeli tudung.

    “Secara peribadi, kempen ini sangat baik sebab daripada simpan tudung, lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan sebab tidak semua orang mampu beli tudung baharu,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...