Sasaran had tenaga China cetus gangguan bekalan elektrik

BEIJING, 27 SEPT – Para pembeli global kemungkinan berdepan kekurangan telefon pintar dan barangan lain menjelang hari perayaan Krismas selepas bekalan tenaga dikurangkan untuk memenuhi sasaran penggunaan tenaga kerajaan yang memaksa kilang-kilang Cina menutup operasi dan menyebabkan seisi rumah dalam keadaan bergelap.

Di timur laut bandar Liaoyang, seramai 23 orang dimasukkan ke hospital akibat keracunan gas selepas ventilasi dalam kilang peleburan logam telah ditutup susulan kekurangan tenaga, menurut penyiaran kerajaan CCTV.

Tidak ada kematian dilaporkan.

Pembekal komponen bagi iPhone Apple Inc berkata ia menangguhkan pengeluaran di kilangnya di barat Shanghai di bawah arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Gangguan kepada industri pengilangan China semasa musim sibuk mereka mencerminkan kesukaran pemerintah Parti Komunis untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi bersama usaha untuk mengekang pencemaran dan pelepasan gas-gas yang menjejaskan iklim.

“Resolusi Beijing dalam menguatkuasakan pengehadan penggunaan tenaga boleh memberi faedah jangka panjang namun ia menjejaskan kos ekonomi yang cukup besar dalam tempoh jangka pendek,” kata ahli ekonomi Nomura, Ting Lu, Lisheng Wang dan Jing Wang dalam laporan hari ini.

Mereka mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi mereka bagi China kepada 4.7 peratus dari 5.1 peratus bagi setahun sebelum dalam suku semasa.

Mereka mengurangkan ramalan bagi pertumbuhan tahunan kepada 7.7 peratus daripada 8.2 peratus.

Pasaran kewangan global sudah pun dalam tahap ketegangan tentang kemungkinan perkara itu akan menjejaskan salah satu pembangunan hartanah terbesar China, Evergrande Group, yang bergelut untuk mengelak hutang berbilion dolar.

Pengilang sudah pun berdepan kekurangan cip pemprosesan, gangguan dalam perkapalan dan kesan lain ke atas penutupan perjalanan global serta perdagangan untuk memerangi pandemik koronavirus.

Penduduk di timur laut China, di mana suhu sejuk jatuh, melaporkan gangguan tenaga dan telah merayu kerajaan dalam media sosial untuk memulihkan semula bekalan.

Situasi itu muncul ketika para pemimpin global bersedia untuk menghadiri sidang alam sekitar PBB menerusi link video pada 12 dan 13 Oktober ini di bandar Kunming.

Tekanan meningkat ke atas kerajaan Presiden Xi Jinping untuk mengehadkan sasaran keefisienan tenaga dan pelepasan gas. – AP