Friday, December 9, 2022
22.7 C
Brunei

-

Sasaran NSFC layak ke suku akhir tercapai

SEREMBAN, 2 NOV – Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mencapai sasaran untuk layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia berikutan kemenangan secara agregat 2-1 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ketua Jurulatihnya K. Devan berkata meskipun pasukannya gagal menghasilkan sebarang gol untuk sekadar seri 0-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi, skuad Hobin Jang Hobin memiliki kelebihan gol daripada perlawanan pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar yang melayakkan pasukan ke suku akhir.

“Pada perlawanan tadi (malam tadi), pasukan memiliki banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol, malah sepakan penalti pun kita gagal buat jaringan di laman sendiri.

“Namun pasukan NSFC telah memberi komitmen serta disiplin yang tinggi, kita tak banyak memberi ruang kepada Kedah menghasilkan peluang untuk menjaringkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini malam tadi. Mengulas mengenai perlawanan suku akhir menentang Selangor FC, beliau yakin dapat menewaskan pasukan itu berdasarkan rekod pertemuan pasukan musim ini dalam saingan Liga Super. 

“Kita ada peluang cerah menentang Selangor FC kerana dalam saingan Liga Super, NSFC tidak pernah kalah dengan Selangor. Strategi NSFC lebih baik bermain di pasukan tempat lawan seperti beraksi menentang Kedah,” katanya. – Bernama

Pemain Negeri Sembilan Zakuan Adha Abdul Razak (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Kedah pada perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -