Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    SASHHB juara Kuiz SPUB

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Kumpulan pelajar Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), Rimba muncul juara dalam pertandingan Kuiz Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB).

    Pertandingan tersebut diadakan hari ini di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampung Katok, di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Hajah Hamdiah binti Haji Salleh.

    Pada pertandingan itu, Kumpulan SASHHB telah menewaskan kumpulan dari Mahad Islam Brunei, Tutong dan SUAMPRIPAHS, Kampung Katok.

    Pengerusi pertandingan, Hajah Azizah binti Haji Mohammad dalam ucapannya menjelaskan, pertandingan diadakan sebagai usaha dalam menilai dan menguji tahap kefahaman dan pengetahuan penuntut terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh
    guru-guru.

    “Di samping itu, ia memberi dorongan dan mewujudkan sifat tolong-menolong dan berdaya saing yang sihat di antara pasukan serta menambah keyakinan dalam diri mereka,” jelasnya.

    Beliau menambah bahawa pertandingan tersebut juga sebagai motivasi kepada penuntut dan dorongan untuk lebih berani bertutur dalam Bahasa Arab dan mampu menguasainya dengan baik agar dapat digunakan di dalam semua mata pelajaran agama kerana
    Bahasa Arab adalah bahasa penyampai utama.

    Pertandingan kuiz itu merupakan salah satu program intervensi di bawah Program Ilal Majdi Wal ‘Ula anjuran Bahagian Sekolah Arab (BSA), Jabatan Pengajian Islam, Kemen-terian Hal Ehwal Ugama yang akan dikendalikan bersama oleh Jabatan Al-Quran, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Mawad Diniyyah, SUAMPRIPAHS.

    Peserta pertandingan kuiz terdiri daripada penuntut Tahun 11 SUAMPRIPAHS, SASHHB dan Mahad Islam Brunei.

    Pertandingan turut dimeriahkan dengan kuiz terbuka bagi penuntut yang hadir memberikan sokongan kepada sekolah masing-masing.

    Tetamu kehormat menyampaikan Piala Pusingan kepada Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba selaku juara pertandingan tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...