Saso menangi Terbuka Wanita AS

SAN FRANCISCO, 7 JUN – Remaja Filipina, Yuka Saso membuat pukulan birdie di lubang playoff ketiga untuk menewaskan pemain Jepun, Nasa Hataoka dan memenangi kejohanan Terbuka Wanita AS di Olympic Club, kelmarin.

Saso, 19, memulakan perlawanan dengan dua double bogey, kembali bangkit dengan pukulan birdie lewat perlawanan di lubang ke-16 dan ke-17 dalam dua melebihi 73 untuk membawanya ke playoff dengan dua di bawah 280 keseluruhan 72 lubang.

Saso menyamai pemain Korea Selatan, Park In-bee sebagai pemenang termuda dalam sejarah kejohanan pada usia 19 tahun, 11 bulan dan 17 hari, dan meraih keahlian Jelajah LPGA.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih. Mereka memberikan saya banyak tenaga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua.

Saso mempertahankan kedudukan mendahului 36 lubang dan memulakan perlawanan tersebut mendahului satu pukulan di hadapan Lexi Thompson. Tetapi dia berada dalam kedudukan bahaya pada awal perlawanan dengan membuat pukulan double bogey di lubang kedua dan ketiga.

“Saya sebenarnya kecewa,” dedahnya.

“Kadi saya bercakap kepada saya, dengan mengatakan masih banyak lubang perlu dimenangi – hanya terus lakukan apa yang saya lakukan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan dan terus menaruh kepercayaan.

Saso mencatatkan keputusan dua di bawah sepanjang perlawanan, dan melakukan pukulan birdie untuk memenangi lubang ke-72. – AFP