Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satelit navigasi dilancarkan

    XICHANG, 12 Jan – China hari ini melancarkan satelit berkembarnya ke ruangan angkasa menggunakan roket pengangkut tunggal untuk membantu sistem BeiDou menyediakan navigasi dan perkhidmatan penempatan kepada negara-negara di sepanjang ‘Jalur dan Laluan’ menjelang akhir tahun ini.

    Roket pengangkut Long March-3B berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di barat daya wilayah Sichuan pada 7:18 pagi.

    Satelit berkembar itu dikodkan sebagai satelit ke-26 dan ke-27 dalam Sistem Navigasi Satelit BeiDou (BDS).

    Ia merupakan pelancaran satelit BeiDou pertama pada tahun ini, yang akan menyaksikan lebih banyak pelancaran di sepanjang tahun ini.

    China merancang untuk melancarkan sebanyak 18 satelit BeiDou-3 ke ruang angkasa pada 2018, menurut Yang Changfeng, ketua pereka sistem BeiDou.

    China melancarkan satelit berkembarnya ke ruang angkasa menggunakan roket pengangkut tunggal di Pusat Pelancaran Satelit Xinchang di barat daya wilayah Sichuan, China hari ini. – Xinhua

    “Pelancaran intensif akan menimbulkan cabaran yang besar. Kita mesti menjalankan kawalan ketat ke atas spesifikasi kualiti untuk memastikan setiap daripadanya berjaya.”

    Bercita-cita untuk menggalakkan penggunaan antarabangsa, China akan beralih untuk memasukkan BeiDou ke dalam sistem navigasi satelit antarabangsa, yang akan meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan menjadikannya serasi dengan GPS dari AS, GLONASS dari Rusia dan Galileo dari Kesatuan Eropah (EU), menurut Yang.

    Satelit dan roket yang dilancarkan hari ini dibangunkan oleh akademi inovasi untuk mikrosatelit di Akademi Sains China dan Akademi Teknologi Kenderaan Pelancaran China.

    Diberi nama bersempena istilah Cina untuk ‘Big Dipper’, projek BeiDou secara rasminya dilancarkan pada 1994. Ia memulakan khidmatnya kepada China pada 2000 dan rantau Asia Pasifik pada hujung tahun 2012.

    Menjelang tahun 2020, apabila BDS menjadi global, ia akan mempunyai lebih daripada 30 satelit. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda