Satelit pertama Sri Lanka dilancar ke orbit

COLOMBO, 19 JUN – Satelit pertama Sri Lanka, ‘Raavana 1’, dilancarkan ke orbit pada petang Isnin dari Stesen Angkasa Antarabangsa, bersama dua satelit Jepun dan Nepal, lapor agensi berita Xinhua.

Satelit Sri Lanka itu hasil penyelidikan oleh dua pelajar jurusan teknologi moden dari Universiti Peradeniya dan Institut Arthur C. Clarke, Sri Lanka.

Raavana 1 berada pada ketinggian orbit sekitar 400 kilometer dari bumi, dengan jangka hayat selama satu setengah tahun. – Bernama