Sathianathan cadang MFL latihan secara sentuhan

KUALA LUMPUR, 26 JUN – Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan mencadangkan supaya Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mengadakan latihan secara sentuhan dalam tempoh terdekat.

Bekas jurulatih kebangsaan itu memaklumkan latihan sedemikian boleh diadakan dalam tempoh terdekat sekiranya semua pasukan Liga-M mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pentadbir liga tempatan tersebut untuk latihan fasa pertama.

“Dalam beberapa hari ini, kita berjaya mengikuti SOP ditetapkan dan berjaya tunjukkan kepada masyarakat di luar sana khususnya yang terlibat dengan sukan bahawa latihan tanpa sentuhan ini boleh dibuat.” – Bernama