KUALA LUMPUR, 4 OKT – Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan memuji pendekatan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), yang serius untuk memajukan kualiti jurulatih-jurulatih tempatan dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Dalam kenyataan MFL hari ini, pengendali pasukan Selangor itu mengakui langkah terbaharu MFL yang menetapkan hanya jurulatih memiliki kelayakan kejurulatihan Lesen B dan ke atas, layak didaftarkan memegang jawatan di dalam pasukan, mampu meningkatkan kualiti jurulatih. – Bernama