NEW YORK, 14 SEPT – Pihak berkuasa sedang melancarkan siasatan hari ini selepas satu bungkusan mengandungi bom meletup di sebuah universiti di bandar Amerika Syarikat Boston, mencederakan seorang pekerja.
Pegawai polis Boston bertindak selepas menerima satu panggilan petang semalam dari Universiti Northeastern di ibu negeri Massachusetts, ‘melaporkan bahawa satu bungkusan telah meletup,’ kata jabatan dalam satu kenyataan.
Pekerja berusia 45 tahun, yang tidak dikenal pasti, dibawa ke hospital untuk rawatan ‘luka yang dialami di tangannya.’ Skuad bom polis menemui dan meneutralkan bungkusan kedua, tambah jabatan.
Biro Siasatan Persekutuan sedang membantu dalam siasatan. Pihak berkuasa tidak memberikan maklumat lanjut mengenai motif. CNN melaporkan satu sumber penguatkuasaan undang-undang persekutuan sebagai berkata bungkusan mengandungi nota yang mengkritik pengasas Facebook Mark Zuckerberg dan hubungan di antara institusi akademik dan pengasas alam maya. – AFP
